Sunday, November 29, 2015

hidup

hidup penuh dengan ujian. kali ini betul-betul bertali arus. tapi berita baiknya, aku tak lumpuh dan tersungkur. aku masih mampu berdiri walau terkadang terlonglai badan.

aku tahu Tuhan masih kasihkan aku. pasti ada senyum dihujung hari.
aku pasti.

Saturday, November 28, 2015

mati

Ibarat apa yang aku pernah buat, terlerai dek angin-angin. Bertebaran macam debuan. Yang terpalit-palit dimuka hanya arang dan dicalit-calit tahi.
Pedih bisa di hati tak diendah.
Nanti ditunjuk-tunjuk muka kebencian. Ibaratnya tak pernah langsung aku menjaga apa yang sepatutnya.

Ah, persetankan!!

Tapi, aku masih diikat janji dengan Tuhan.


Ibaratnya hidup aku ini sekarang dilepas sakit, diikat perit.

Matinya, aku juga.

numer papat

Kita ni tak nak pun rasa sakit. Taknak. Taknak pun diduga lagi-lagi bila ia datang berkali-kali. Sampaikan aku rasa bingung depan apa yang jadi. Tapi sebagai manusia aku tak boleh lari dari setiapnya. 
Nak tak nak?

Kena lah hadap.

Benarlah

Benarlah,
Setiap apa yang terjadi yang paling disalahkan hanyalah perempuan.
Walau apa pun yang pernah dilakukan terhadap dia, hanya perempuan saja akan menjadi mangsa.
Dihambat dengan perasaan bersalah,
Ditekan dengan dendam mendalam,
Dihembus dengan perasaan kasih yang menebal,

Sedang depan muka--
Hanya kekejaman tak berkesudahan dihamparkan.


Benarlah,
Setiap apa yang terjadi yang paling disalahkan hanyalah--
Perempuan.

Benarlah.

Tuesday, December 23, 2014

2.

baidewey,

blog ni bukan lah nak mengutuk kau. cuma aku terlampau kesal dan sakit hati terhadap tindakan kau.
aku pun dah nak kahwin lagi sebulan lebih insyaallah.

terima kasih tinggalkan aku pada orang yang lebih indah.
cuma aku harap salah sorang dari adik kau akan kena macam yang aku kena.
supaya kau belajar peritnya ditinggalkan begitu sahaja.

dan peritnya tak dapat pembelaan dari sesiapa.
Alhamdulillah adik kau yang rapat dengan aku tu sangat-sangat waras dan matang.


x,

1.

kadang-kadang bukan kita nak sangat orang hargai kita.
cukuplah bila kau dah buat salah lepastu kau minta maaf.
sebab salah kau bukan babitkan hati aku je, hati mak ayah aku sekali.

memetik bait-bait dari blog kau :

Jauh sangat aku mengelamun
mengelamun bnde yang tak berlaku
selalu menjadi pengharap
menagih perkataan maaf terpacul dari mulut kau..



macam aku sedang menagih maaf dari kau. tak susah nak minta maaf.. cuma kau, aku tak tahu kenapa susah sangat. dan kau tak tahu peritnya hati orang yang dah AJAK KAHWIN, cakap I LOVE YOU, jumpa MAK BAPAK ADIK-ADIK kau, buat KUIH RAYA;

tetiba disebabkan salah aku yang entah apa, kau blah.
kau tahu kenapa aku bawak diri naik gunung and kurus macam sekarang ni?
sebab KAU.

aku paksa diri aku untuk kenal dengan orang lain.
Alhamdulillah aku bahagia dengan orang tu.

cuma baru-baru ni aku tengok gambar perkahwinan kau dan aku rasa sakit hati. bukan sakit hati sebab aku tak dapat kahwin dengan kau.. tapi sakit hati sebab kau BLAH and kau cari balik EX kau. dan aku dapat cerita sebenarnya kau tak move on pun. hati kau memang dah dekat EX kau je sepanjang masa.

kalau dah macamtu, kenapa kau kata nak jadikan aku CALON ISTERI kau?
aku bukan sengaja meroyan, tapi aku cuma nak kau tahu, kasih sayang dan harapan bukan benda yang boleh dibuat main.

aku ada salah, kau ada salah. bagi kau, aku tak matang. aku nak tanya kau, tindakan kau blah dan tak minta maaf tu matang ke?

takpelah.

semoga berbahagia dengan isteri kau sekarang a.k.a ex yang kau puja dari dulu :)




ps: please ask your 3rd sister to get off me. irritating la follow orang pastu nak tweet-tweet pasal kau and your wife. bij please. i dont need such information.